Monday 4 July 2011

DAGING STEAK DARI NAJIS MANUSIA: OMG






Owh.Memang.Giller!(OMG!) Jepun...tau la dengan kehebatan deorang membuat penyelidikan macam-macam dan invest macam-macam gak. Kali nieh tao nak kongsikan kat korang, dimana satu kajian telah dibuat hasil kitar semula najis manusia untuk membuat daging steak...euuuwww~jijik an.buat la bnda len..pe r.. Steak taik...hehe~ najis 

TOKYO | Penyelidik dari Jepun nampaknya agak 'berlebihan' dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.

Saksikan video dokumentari di akhir post ini.

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewage kepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.

Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.

Photobucket

Hrmm sedapnyer...hehe

Memiliki kandungan 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus lemak serta 9 peratus mineral, Ikeda mendakwa beberapa orang yang telah merasa daging ini ternyata cukup menyukai rasanya. Menurut mereka, steak najis ini cukup lazat dan memiliki rasa seperti daging biasa.

Photobucket

SHIT BURGER

Ikeda berharap daging ini dapat menjadi salah satu penyelesaian dalam mengatasi pemanasan global. Ini kerana, haiwan ternakan menghasilkan pengeluaran gas rumah hijau yang cukup besar.

Walaupun begitu, penerimaan masyarakat terhadap daging ini masih sangat diragui. Bukan sahaja merasa jijik apabila mengingati punca asal daging tersebut, namun harga jualannya juga 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding steak biasa.

Eeee…..mmg x patut an…sanggup an diorang makan….mmg omg btl…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...